Oh My Blogness..!

"Bukan Niat Ku Maok Mengenjen"

Pengekot Serta Pengekor

Nov 12, 2009

Comic Attack

4igek komen sidak rah situk!
Menyamar


Dunia Nang Kecik 1


Dunia Nang Kecik 2


Aek Brrrr Kali nak eheh


The Little That You Think Of, The Lesser That You Can Do


Siney-Siney Pun boleh Tido


Thou Art The Retina of Mine


Aek Tenaga


bila gik aku mok polah comic strip kedirik owh eheh..


* Garfield was retreived from www.gocomics.com
* Zits was retreived from www.arcamax.com

Oct 30, 2009

Berita dari Persatuan Sapi Seluruh Melaya

21igek komen sidak rah situk!
SAPI MATI DIPANGKAK KILAT DUMM DUMM


KUANTAN - Seorang penternak, Mat Salleh Awang-gon, 58, bercadang mok nyual beberapa ekok sapinya pake beleh masa Hari Raya Aji bulan depan.

Namun, nya tang rasa sik nyaman ati pada waktu hujan deras malam ari marek sabila mendapati sebanyak 13 ekok sapinya sik pandey balit-balit ke kandang kedak biasa.

"Kadang-kadang sik la saya heran mun sidak balit aher. Mun balit aher ya tauk jak la apa keja sidak ya, main bol rah kampung sebelah lah ya. Kedak kampung tok sekda nemiak main bol kali."

Hanya pada kira-kira pukul 8 pagi marek, baruk la Mat Salleh Awang-gon menemui bangkei 13 ekok sapinya ya mati bergelimpangan dipercayai dipangkak kilat rah ladang kelapak sawit Perusahaan Pertanian Negeri Pahang, Kampung Pantai Sepat rah sitok.

Sekda tanda serangan haiwan pemangsa ditemu melainkan kesan angus rah jungor, jobor dan kaki kesemua haiwan ya tek.

"Saya dah berkira-kira maok jual sapi-sapi ya tek itu menjelang Hari Raya Aji."

"Sampei-sampei jak, saya terdiat lah sapi-sapi ya. Nang sekda urang lain gik, nang sapi saya, tangga sumpin sidak pun saya dah tauk bahh. Limak ekok jantan dewasa, limak ekok betina dewasa dan tiga anaknya gurin, tapi sik bernyawa,'' padahnya sambil nangis run-run ketika ditemu ari marek.

"Mun giya urang kampung makan manok dengan kari sapi dalam tin jak lah Ari Raya Aji tok kelak??" tambah nya dengan nada kesal. Hingus nya sik pandey berenti mengalir.

Mat Salleh lekak ya menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar nyuroh sidak menyiasat punca kematian sapi-sapi kesayangan nya ya.

"Pegawai veterinar padah dengan saya, sapi-sapi ya mati dipangkak kilat secara serentak ketika hujan ribut antara pukul 8 hingga 12 malam tadik, sikit gik mok jadi satey,'' padah Mat Salleh Awang-gon sambil mengusap-ngusap perutnya, tanda nya mengidam mok makan sate dagin.

"Saya dah mesan dengan dak sapi-sapi ya, pakey loarbib, tapi entingai jak daknya smua," padah Mat Salleh Awang-gon dengan nada geram.

Kelihatan dak nemiak gago nangga sapi-sapi ya mati. Sidak menyangkak sapi-sapi ya leput lekak isap gam. (Gambar kecik: Mat Salleh Awang-gon atau lebih gedik tunggah gogogon, peminat sapi cekelet.)




"Banyak kenangan manis saya dengan dak sapi-sapi tok walaupun bulan depan saya mengambik keputusan mok jual sapi-sapi manjak tok," ujar sapi, eh, Mat Salleh Awang-gon kepada wartawan.

***berita sebenar carik rah http://www.kosmo.com.my/

Oct 18, 2009

Apa Jadi Mun Blog Terbiar..?

28igek komen sidak rah situk!
DAH lamak juak aku sik polah update terbaru. tedah blog tok, terbiar jak. dah bertegar jadiknya. tp kedak biasalah, mun kita ninggal rumah kita sik berjaga macam-macam jak benda tumbuh atau nok datang, contohnya kedak semak samun dengan anai-anai. sik terkecualilah dengan blog aku tok. macam-macam jak aku temu. bah kita check rah dibah.....


lekak log in masuk ke blog terus ada binatang tok. tok la cencorot blog. boh terkejut. binatang tok nang besar. tapi nya sik ngaco orang. keburukan nya ada lah nya suka makan hurup X sampey Z dalam blog trakurang.


tok la ropa sebenar cencorot blog ya

sama seperti rumah-rumah biasa, labah-labah atau dalam bahasa tempatannya rah malaya, labe-labe, yang akan menjadi pengunjung setia ke tempat yang terbiar. kebaikan labe-labe dalam suatu blog ya adalah nya akan tolong menjaga keselamatan blog kita dari ancaman-ancaman seperti malapetaka gempa bumi serta hackers-hackers.


labe-labe tok berjaya menangkap Mr. Duey daripada mencurik bunga plestik rah blog aku tok..


tapi labe-labe tok nang laju membiak. katakanlah kita ninggal 2 minggu, sidak tok boleh menghasilkan sehingga 4 keturunan labah-labah jak. tapi sik perlu riso sebenarnya sebab ada kaum nomad dari vietnam barat daya akan ngabas blog takurang dan membeli labe-labe berkenaan. labe-labe ya adalah salah satu dari makanan ruji sidak ya. jual jak dalam setumpok RM 50, sidak sanggup bayar.


anak dara kaum nomad vietnam barat daya tok menjus jak bila disuruh mak nya nolong jual labe-labe goreng rah pasar sungai maong nun.


selain dari ya ada juak tumbuh-tumbuhan liar tumbuh bak cendawan selepas hujan. kenak tumbuhan liar ya tumbuh dengan galaknya? sebab tegar dari blog kitakurang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan tumbuh-tumbuhan ya.



antara tumbuhan nok ada sitok adalah bunga ben, atau nama saintipik nya beniso crackae. biasanya bunga tok tumbuh mekar rah area header blog serta di sebalik link-link ke blog orang lain. bau bunga tok agak plain.tp bila dicabut, nya akan mengeras. rupa nang kedak roti keben, tapi sebenarnya bunga tok sik boleh dimakan. boleh mengakibatkan kuku tercabut menyebabkan kitakurang sik dapat bergaruk dengan nikmatnya.




roti keben??bukannnn..


para selebriti amat meminati bunga tok. banyak juak la dipakey untuk majlis-majlis rasmi seperti kawin, mesyuarat PIBG, mesyuarat Tupperware serta hiasan-hiasan rah Choice Supermall.
disebabkan kekacakan bunga tok tadik, nya telah mendapat sambutan, sampe sik menang tangan aku dipolahnya mala jak orang mok mengorder bunga tok secara pukal. aku pun malas mok layan, padah jak aku sekda kredit mok topup hanset eheh.


bunga tok nang sesuai digunakan ketika majlis perkahwinan, yang terbaru time dak duak asrap sinkley dgn cinta munga kasturi kawen.


ada sigek gik tumbuhan yang agak sinonim dengan blog terbiar, iaitu midin liar. midin liar tok biasanya tumbuh dicelah-celah comment, tempat mok log in account blog serta rah setting, khususnya rah area mok nukar layout.


boh rapat gilak aaa. sidak tok mgigit.

kitakurang nang sik digalakan untuk mendekati midin liar tok sidsebabkan sifat fizikal nya jauh berbeza dangan midin-midin kotemporari yang lain. tapi bila ada kesempatan untuk mendekati midin-midin liar ya tek, harus lah memuji sidak dengan lembut dan dilarang sekali mencemuh sidaknya. boh lupak embak makanan seperti dahfa serta kentang goreng pakey sidak makan.


ipah dimakan midin liar ariya time nya mok komen rah post aku yang paling latest time raya ariya. aku sik sempat mok nolong nya. iskk2~


kewujudan unta rah blog aku tok amat membingongkan diriku. tok bukan la unta liar tapi unta nok dikirum oleh pak usup taiyoob taem raya riya. unta-unta tok untuk anak-anak buah nya si titil, si tetty serta si ipah ogy pake sidak jalan raya. aku pun lupak mok pass dengan sidak bah unta tok. sekda masa bah. ada juak la kadang-kadang aku embak unta tok ke 7 Eleven malam-malam.


tindakan rudy merudik membelai bonggol unta pak usup telah membawa padah apabila unta pak usup memakan hampir separuh daripada utak rudi merudik.



pakaian hari raya unta bertemakan manusia labe-labe amat popular pada masa kini.


masa blog tok terbiar nak, ada speku yang madah blog tok berpenunggu, berhantu serta bermombok. aku pun pelik juak ada wujud juak antu rah zaman blog memblog tok. ada ariya sidak keruk antase dengan si titil poret-poret rah shoutbox yang sidak madah ada ternampak sosok-sosok aneh. jadi aku pun nekad bercampur ketakutan sikit-sikit saje mok mengesan kewujudan benda ya duak malam dolok. dengan berpandukan buku panduan manual "Meri kite melihet mekhluk-mekhluk superneturel", akhirnya aku dapat nangga makhluk-makhluk genetik terbabit.


makhluk-makhluk halus nok aku jumpa rah swimming pool blog aku tok.


mula-mula nang ngutik juak la nangga sidak tok. tapi lamak-lamak lekak nangga olah sidak yang nakal tetapi manjak tok polah aku senang dengan sidak. boh riso, sidak sik ngaco orang.



mm..ya jak la untuk kali tok..klak ada masa kitak urang gik bercerita tentang benda aneh nok kitakurang temu rah blog kedirik.


that's all pok!
tataratata~~



Sep 20, 2009

Selamat Hari Raya!!

23igek komen sidak rah situk!
di kesempatan ini aku mok mengucapkan selamat hari raya kepada kaum keluarga aku yang menyambut hari raya, rakan-rakan sahabat handai terutamanya rakan time aku belajar rah MRSM Kuching 98-02, kolej matrikulitas labuan 03-04,04-05 serta di Universitas Teknikal Malaysia Melaka 05-09. tidak lupak juak kepada rakan-rakan bloggers yang menjayakan kewujudan blog tok. boh lupak bank in duit raya rah bank rimo aku ahh kpd yang berhasrat mok polah amalkebajikan eheh..kuih2 raya ya send la ngan aku x pun tolong wakilkan makan untuk aku..maaf lah sikpat pg rmh2 ktkurg. raya tahun depan jak lah k..

owh lupak ku pak usup taiyoob kemsalam selamat hari raya..sapa2 nok nuntut unta k berjalan taem raya y boleh la nuntut dgn pak usup..


wajah pak usup taiyoob yang sebenar



that's all pok!
*pompompom bunyik merecun*

Sep 17, 2009

Fasting Month and Me

42igek komen sidak rah situk!
"aku mok kau posa seminggu. kiranya mencabar la. hadiahnya adalah roti john."


gya2 la dialog nya. aku pun ingat-ingat lupak. ya la cabaran yang diberik oleh sorang member perempuan ku. taem aku studi rah kolej matrikulasi labuan. mungki disebabkan darah urang mudak lah tek nak, so aku pun melaksanakan cabaran tersebut. aku sahor, sik makan dari terbit mentari sehingga terbenamnya mentari, diselang dengan aktiviti ke kelas, serta aku ada juak polah aktiviti seperti bermain street soccer bersama rakan-rakan. aktiviti berposa aku dapat dilaksanakan dengan agak cemerlang. setelah tamat hari cabaran, taem bukak posa ada urang anta nasik goreng ayam ngan aku.

eh..?aneh nak. "kenak gya crita kau", padah kitakurang tek.. haa..aku sebenarnya bukanlah dilahirkan sejak azali seorang islam. aku adalah melano non-muslim sebenarnya. so kiranya rah entry tok aku mok clarify something, sebab kitakurang pun sik kenal aku so sik mok menimbulkan kekeliruan.

so, berbalik cerita berpuasa tadik, pada mulanya aku sedikit kekok namun aku cepat adapt. mungkin aku seorang yang biasa hidup dengan kekeringan duit dan sentiasa berlapar menyebabkan aku sekda masalah untuk berposa sama. pelbagai jenis feedback aku terimak dari kawan-kawan. ada yang positif ada yang negatif. yang positif kedak "bagus lah kau kalah kamek urang" dan sebagainya. ada juak yang negatif seperti "kesian eh kau terpaksa ikut orang" or " ahh kau posa yangyok jak ya". namun yang sebenar nya aku nang polah apa yang orang polah time posa seperti kurang bercakap kasar atau yang tidak baik, memasukkan objek-objek ke rongga badan. tapi sik la 100% ku mampu ikut sperti membaca niat serta pergi tarawikh.

apabila dah tiba hari raya yang bakal disambut pada hari ahad tok klak maka dah 5 tahun aku berjaya berpuasa sehingga sebulan. best juak dapat merasai bulan posa tok bersama rakan-rakan seperti bangun sahur, masak-masak, turun ke bazaar ramadhan. agik ingat juak dolok aku dan member aku esan sahur makan mi bee hoon jenama pa ma campur kicap kipas udang dan paling ngeng sekali member ku sorang firdhaus beli setin kacang peas untuk sahur. samper hujung semester kacang peas ya sik dibukak. yang best juak time masak rah rumah sewa. yang dimasak 2 lauk jak, tapi jadi meriah taem member2 pegi beli kueh2 serta dengan kurma free yang boleh didapati rah stesen petronas berhampiran. aku nang suka mena la makan kurma. sama juak dgn pak usup ktkurang errkkk.

sedikit terkilan juak la, pabila posa tok rami yang berbelanja bukan-bukan untuk berbuka. beli banyak kakya membazir. then ada sesetengah orang ya berpuasa dari segi luaran namun kelakuan sik dijaga seperti klakar kasar-kasar, kuar perkataan sik sepatutnya, amal sik dilaksanakan dan banyak gik malas ku mok senaraikan.

posa tahun tok aku rasa sekejap jak maybe mungkin kali disebabkan aku terlibat menjadi peniaga roti john. so pengalaman yang baru la sebab belom penah gik berbisnes sedemikian rupa. bisnes ya ok la, ada nait turun sik la besar gilak keuntungan nya disebabkan jual rah area asrama student nak..perniagaan tatkala posa tok adalah sebagai pengenalan kepada stall kamekorang sebab aktiviti tok akan diteruskan lekak raya dengan inovasi terbaru serta menu-menu tambahah.


mm cerita-cerita aku berposa tok, ..........?time will tell.

tok jak la cerita akan pengalaman dirik. semuga posa kitakurang dengan aku sekali apat disempurnakan dengan jaya sekali eheh..raya dah dekat. dah prepare ktkurang tek?

that's all pok!
tataratata~
Blog Widget by LinkWithin
 

Oh My Blogness..! Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008